Saturday, April 29, 2017

Jom Baca Bersama

Seluruh warga SKUB telah turut serta dalam kempen Jom Membaca yang telah berlangsung selama 10 minit yang bermula dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi 27hb.April 2017. Amalan membaca adalah amalan mulia dan seharusnya semua warga SKUB memiliki minat suka membaca dan sentiasa mencari masa untuk membaca.






Sambutan Hari Israk Mikraj

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, pada 27hb. April 2017 Panitia Pendidikan Agama Islam telah berjaya mengadakan Program Sambutan Peristiwa Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Program dimulakan dengan bacaan Yassin di Dewan sekolah diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Mohd Tajudin. Guru Penyelaras Program, Ustazah Rohani bt Hassan memulakan ucapan aluan diikuti oleh Ucapan Perasmian oleh Encik Zurainan Ariff, Guru Besar SKUB.

Bagi memeriahkan sambutan kali ini, majlis dipenuhkan dengan pertandingan Nasyid dari setiap kelas, pertandingan Kuiz dan pertandingan azan. Murid-murid memberi respon yang amat baik dan bersemangat ketika menyertai pertandingan yang diadakan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zurainan bin Ariff, Guru Besar SKUB.

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Agama Islam SKUB yang telah berjaya mengadakan majlis ini dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat secara aktif dalam membantu melancarkan perjalanan program kali ini.

Penyampaian hadiah

Peserta Azan

Kumpulan Nasyid Tahun 3Kreatif

Penyampaian hadiah





Pertandingan Kuiz

Guru Besar memberi ucapan

Kumpulan nasyid tahun 6 Wawasan

Peserta Azan

KCJ 1

KEM CEMERLANG JAWI 1 2017

KCJ 1 2017 telah diadakan pada hari Rabu 26hb April 2017 dengan jayanya. Seramai 75 orang murid bersama 3 Ustazah dan 2 Ustaz SKUB telah terlibat dalam program ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program KCJ kali ini.





Saturday, April 15, 2017

Penyampaian Sijil dan Medal Pasukan Bola Jaring

PENGHARGAAN

Majlis penyerahan Sijil Penghargaan dan Medal kepada pemain-pemain Bola Jaring SKUB telah disempurnakan oleh Encik Zurainan bin Ariff,Guru Besar SKUB sebagai penghargaan kepada pasukan ini yang telah berjaya ke Peringkat Separuh Akhir perlawanan Bola Jaring antara sekolah-sekolah dalam Zon Kuala Pegang yang telah berlangsung pada 9 April lalu di SK Ulu Tawar. 2 orang murid juga telah terpilih mewakili Pasukan Zon Kuala Pegang untuk bertarung di Peringkat Daerah.Sesungguhnya kejayaan ini, walaupun kecil namun ianya amat bermakna bagi warga SKUB yang telah lama 'dahagakan' kejayaan.

Semoga majlis ini dapat menjadi perangsang dan inspirasi kepada semua murid dan warga SKUB untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang. Jika kita mempunyai tekad dan azam yang tinggi, kejayaan sudah pasti kita miliki.

SKUB...menuju cita dan jaya...



Thursday, April 13, 2017

Pasukan Bola Jaring ke Separuh Akhir Peringkat Zon Kuala Pegang



Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring kerana berjaya ke perlawanan separuh akhir di Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Kuala Pegang yang telah berlangsung di SK Ulu Tawar pada 9 April baru-baru ini. Berkat kesungguhan dan ketekunan Jurulatih Cikgu Nor Azlina, Cikgu Hamidah dan rakan-rakan dalam melatih pasukan Bola Jaring SKUB telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan semua warga SKUB. Walaupun tewas di Separuh Akhir namun kejayaan yang diraih pada tahun ini telah cukup membuktikan bahawa pasukan kita mampu melakukan yang lebih baik.

Terima kasih dan tahniah kepada semua......

SKUB....menuju cita dan jaya...

TEMASYA SUKAN 2017

ALHAMDULILLAH. Syukur kepada Allah s.w.t kerana Temasya Sukan SKUB 2017 telah berjalan lancar seperti yang dirancang meskipun pada awal pagi hujan lebat telah turun membasahi bumi SKUB. Temasya sukan kali ini amat meriah sekali hasil kerjasama padu, keikhlasan bekerja dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan seluruh warga SKUB dan anak-anak murid SKUB.

Semoga penat lelah, wang ringgit dan tenaga yang dicurahkan dapat memberi kepuasan tersendiri kepada seluruh warga SKUB dalam usaha kita mendidik dan membentuk anak didik SKUB menjadi insan yang seimbang jasad dan rohani ,mampu mengharungi cabaran global di masa mendatang dan kelak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

SYABAS
TAHNIAH dan
TERIMA KASIH kepada seluruh warga SKUB !

SKUB ........MENUJU CITA DAN JAYA
JOHAN KESELURUHAN...RUMAH KUNING


NAIB JOHAN..RUMAH MERAH


RUMAH HIJAU


RUMAH BIRU


PERBARISAN.....hebat...























UCAPAN PERASMIAN OLEH ENCIK ZURAINAN BIN ARIFF ,GURU BESAR SKUB




ACARA SUKANEKA...










ACARA-ACARA  PADANG














TARIK...TARIK...






PENYAMPAIAN HADIAH OLEH TUAN GURU BESAR SKUB