Monday, February 17, 2020

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2020

TARIKH     :  17 FEBRUARI 2020
JAM            : 7.45 PAGI
TEMPAT     : DEWAN SK ULU BAKAI

PERASMIAN OLEH: YG SETIA SARJAN MUHAMMAD RAFIZ BIN AB RAHMAN, IPD BALING-PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
TURUT HADIR   : YG SETIA KOPRAL HAIRUL AZWAN BIN BERAHIM,PPS - BALAI POLIS MALAU
                               : AJK PIBG




Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai Tahun 2020 telah dilancarkan dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan serentak dengan pelancaran di Peringkat Kebangsaan.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah memberi kerjasama padu dalam majlis pelancaran ini terutamanya kepada Pegawai Polis (PPS),Guru Besar, AJK PIBG dan seluruh warga SK Ulu Bakai.

Program ini bertujuan mewujudkan kerjasama erat di antara KPM dan PDRM dalam meningkatkan sahsiah terpuji murid-murid di samping merealisasikan kemenjadian murid  sekolah ini. Semoga dengan kerjasama ini dan melalui program yang dirancang akan menjadikan murid-murid sekolah ini lebih cemerlang, lebih seimbang dalam aspek rohani dan intelek.




PPS sedang bersalaman dengan murid-murid

Bergambar bersama PPS

PPS beramah mesra dengan murid-murid


Sesi penyerahan Buku Panduan PPS sebagai simbolik pelancaran Buku Panduan PPS


Perasmian oleh Sarjan Muhammad Rafiz - IPD Baling

Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara dan Perasmian oleh Sarjan Muhammad Rafiz

Ucapan oleh Cikgu Zurainan bin Ariff,Guru Besar SK Ulu Bakai

Add caption


Add caption

Wednesday, February 12, 2020

Majlis Perpisahan Ustazah Rohimah binti Md Daud

Tarikh:    12 Februari 2020
Tempat   : SK Ulu Bakai

Pada tarikh ini, terakam satu sejarah, detik perpisahan Warga SK Ulu Bakai dengan Ustazah Rohimah yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Binjol.Doa dan harapan dari seluruh warga SKUB semoga Ustazah Rohimah terus maju jaya di sekolah baharu. Segala kenangan pahit manis kini tinggal dalam lipatan sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Selamat bertugas.







Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat SK Ulu Bakai Tahun 2020

Tarikh   :       9 Februari 2020
Masa     :        7.45 pagi
Tempat  :        Dewan SK Ulu Bakai

Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Sarjan Muhammad Rafiz bin Ab.Rahman daripada IPD Baling. Sekalong ucapan terima kasih kerana sudi hadir menyempurnakan pelancaran program Ziarah Cakna. Terima kasih juga kepada PPS SK Ulu Bakai, Kopral Hasrul, AJK-AJK PIBG,guru-guru yang AKP  yang turut serta.






Sjn Muhammad Rafiz  merasmikan majlis

Murid-murid SKUB

Menziarahi sebuah keluarga di Kg.Ulu Bakai bersama perasmi

Ziarah Cakna siri 1/Februari 2020


Berbual bersama keluarga yang diziarahi