Kokurikulum

 PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFOM SKUB 2017

Pada 2 dan 3hb.11.2017 Unit Kokurikulum SKUB telah mengadakan Perkhemahan Perdana Badan Pasukan Berunifom di padang SKUB. Semua murid tahun 4,5 dan 6 telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai objektif perkhemahan kali ini. Syabas diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan program perkhemahan kali ini.

Peserta perkhemahan sedang mendengar taklimat aktiviti.

Aktiviti Kembara Malam

Aktiviti Kembara Malam

Sesi Kuliah Suboh

Warga Guru SKUB 

PK Kokurikulum, Kem Komandan bersama 'orang kanan'.

Guru bergambar kenangan

Peserta kem bergambar sebelum tamat program

Sukarela dan sedia membantu....


PERTANDINGAN FUNBALL PRA SEKOLAH 2017

Sekalung Tahniah kepada peserta PRA Sekolah SKUB yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Funball peringkat Daerah Baling. Kejayaan yang julungkali ini amat membanggakan semua warga SKUB.Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah memberikan tunjukajar dan semangat sehingga kejayaan ini dapat kita kecapi. Harapan kita semoga kejayaan yang lebih baik jadi milik kita di tahun 2018.





Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam di SMK Jerai 
tarikh: 27 hingga 28 September 2017
Peserta: 4 Org murid tahun 4









PERSEDIAAN MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN 2017
TEMA: NEGARAKU SEHATI SEJIWA

Pada perjumpaan kokurikulum 26 Julai 2017, pukul 2.00 ptg.,murid-murid tahun 4,5 dan 6 telah bekerjasama dengan beberapa orang guru menyediakan 'banner' seperti di bawah sebagai persediaan menghadapi sambutan bulan kemerdekaan Ogos ini. Banyak lagi aktiviti yang akan diadakan selepas ini. Terima kasih kepada semua. 



















MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2017

Tarikh     : 29 Disember 2016

Jam        : 11.00 pagi

Tempat  : Makmal Komputer SKUB


Agenda:
1. Ucapan Aluan Timbalan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesah minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit
4. Pengurusan Kokurikulum 2017
     4.1 Pelantikan dan Pengesahan JK
     4.2 Perancangan aktiviti
     4.3 Tarikh penting
5. Hal-hal lain.





MESYUARAT AGUNG UNIT-UNIT KOKURIKULUM 2017 - 04/01/2017

Mesyuarat Agung Pengakap Kanak-Kanak 2017

Pemilihan AJK Pasukan Pengakap Kanak-kanak

Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia








Takwim Pengurusan Kokurikulum 2017













MERENTAS DESA SKUB 2017 - LATIHAN 1

- 11 JAN 2017

Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 telah menyertai latihan menerentas desa kali pertama mulai jam 3.00 hingga 4.30 petang. Kesemua murid telah berjaya menamatkan latihan merentas desa sejauh 4km dengan disertai oleh guru-guru rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan sesi latihan ini. Latihan kali ke 2 akan diadakan pada 18 Januari 2017 jam 3.00 ptg. sebelum Kejohanan sebenar yang akan diadakan pada 25 Januari 2017. Syabas...majulah sukan untuk SKUB!

Sesi 'warming-up' sebelum memulakan latihan merentas desa
Aktiviti regangan ...
Kumpulan murid perempuan memulakan larian..

Bertenaga...
Slow and steady..

Berehat sebentar..
Lari cepat..ada orang nak potong..
Jalan dulu..jauh lagi nak sampai..
Peronda berbasikal pun ada..












No comments:

Post a Comment