Tuesday, July 11, 2017

Hari Pelaporan

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua guru yang telah bekerjasama menjayakan Program Hari Pelaporan kali 1 2017 kali ini. Sekalung pujian dan jutaan terima kasih kepada para waris/ibubapa murid yang telah hadir berbincang dengan guru-guru tentang pencapaian anak-anak masing-masing. Kita mengharapkan dengan adanya kerjasama padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak akan dapat melahirkan anak didik yang cemerlang di masa hadapan.
Ibubapa/waris serta murid tahun 6 sedang mendengar penerangan daripada guru tentang prestasi dan pencapaian murid tahun 6 Wawasan

Ibu bersama anak (Thn 6) sedang berbincang dengan guru kelas.

Guru tahun 5 Unggul berbincang dengan seorang waris murid.

Guru Tahun 4 Maju sedang menerangkan sesuatu kepada waris yang datang.

Ibu-ibu  murid Tahun 3 Kreatif  turut hadir berbincang dengan guru kelas.

Guru kelas tahun 2 Ceria sedang berbincang dengan seorang ibu murid.

Guru Tahun 1 Cerdas sedang melayani seorang ibu murid yang datang.



Saturday, July 8, 2017

HARI JALINAN MESRA AIDIL FITRI 2017

Image result for hari raya gif image

TARIKH: 13/07/2017

HARI: KHAMIS

JAM : 9.30 PAGI

TEMPAT: Perkarangan kantin sekolah

Semua warga Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai dan Barisan JK PIBG SK Ulu Bakai dijemput hadir ke majlis ini.

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN/PBS 2017

TARIKH: 12HB JULAI 2017

HARI : RABU

JAM: 11.00pagi

TEMPAT: SK ULU BAKAI



Image result for report card images clip artImage result for pen images clip art

Semua ibubapa/waris murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dikehendaki hadir ke SK Ulu Bakai pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan  sesi perbincangan dan menandatangan kad laporan prestasi murid kali ini.