Wednesday, January 25, 2017

JUARA MERENTAS DESA 2017

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya Kejohanan Merentas Desa SKUB 2017 telah berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat - daripada Guru-guru, staf pelaksana, jaga sekolah, anggota RELA, PDRM sehinggalah kepada Pengusaha kantin yang telah memberikan kerjasama padu menjayakan program hari ini. Murid-murid juga seharusnya dipuji kerana akur dengan peraturan dan nasihat daripada guru-guru sehingga tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semangat kesukanan yang tinggi telah menyerlahkan lagi bakat dan kematangan murid-murid peserta kejohanan kali ini. Juara Kejohanan Merentas Desa kali ini disandang oleh Rumah Kuning dengan memungut mata terbanyak. Tahniah! Syabas!


Peserta tahun 3 menerima 'gelang getah' di check point

Antara peserta terawal sampai

Di Check point..

Sempat lagi 'posing'?..peserta cilik tahun 3

Peserta perempuan..mneruskan larian

Di Check point 3..

Juara Merentas Desa 2017.. rumah Kuning bersama Piala Pusingan

Pemenang Emas Tahun 3 P














Sesi memanaskan badan sebelum larian

Senamrobik pun ada

Guru-guru bersama anggota PDRM Balai Malau

Memeulakan larian..

Barisan Pentadbir SK Ulu Bakai



Pungutan Mata Kejohanan Merentas Desa

Bersemangat sungguh peserta tahun 3 ni..

Tuesday, January 17, 2017

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Ulu Bakai akan berlangsung pada 25 Januari 2017 (Rabu) jam 8.00 pagi. Kejohanan akan disertai oleh semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 yang sihat tubuh badan. Peserta dibahagikan kepada kategori Tahun 3 Lelaki & Perempuan, Tahun 4 Lelaki&Perempuan, Tahun 5 Lelaki & Perempuan dan Tahun 6 Lelaki & Perempuan. Pemenang tempat Pertama hingga Ketiga setiap kategori akan menerima hadiah.
 Pungutan mata bagi setiap rumah juga akan diambil kira untuk menentukan Juara Kejohanan Merentas Desa kali ini.

Sunday, January 1, 2017

Selamat Kembali Ke SKUB 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya sekolah kita telah kembali dibuka seperti yang direncanakan. Kehadiran guru, murid dan semua warga sekolah dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat tinggi serta berbekalkan azam yang baru telah menambah lagi suasana harmoni dan kondusif untuk sama-sama meneruskan agenda pendidikan dan menzahirkan aspirasi falsafah pendidikan negara kita. Semoga dengan semangat dan azam yang baru ini berterusan dalam kita berusaha mengembeling tenaga untuk mencapai cita dan jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Selamat kembali belajar untuk anak-anak murid dan selamat kembali bertugas untuk guru-guru, staf pelaksana dan seluruh warga SKUB. Sederap kita melangkah menuju jaya!

Ucapan oleh guru bertugas hari pertama persekolahan.

Cikgu Ahmad Hisham bersama barisan Pengawas perempuan.

Murid-murid SKUB 2017

Barisan Pengawas Lelaki

Murid tahun 1 2017