Sunday, January 1, 2017

Selamat Kembali Ke SKUB 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya sekolah kita telah kembali dibuka seperti yang direncanakan. Kehadiran guru, murid dan semua warga sekolah dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat tinggi serta berbekalkan azam yang baru telah menambah lagi suasana harmoni dan kondusif untuk sama-sama meneruskan agenda pendidikan dan menzahirkan aspirasi falsafah pendidikan negara kita. Semoga dengan semangat dan azam yang baru ini berterusan dalam kita berusaha mengembeling tenaga untuk mencapai cita dan jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Selamat kembali belajar untuk anak-anak murid dan selamat kembali bertugas untuk guru-guru, staf pelaksana dan seluruh warga SKUB. Sederap kita melangkah menuju jaya!

Ucapan oleh guru bertugas hari pertama persekolahan.

Cikgu Ahmad Hisham bersama barisan Pengawas perempuan.

Murid-murid SKUB 2017

Barisan Pengawas Lelaki

Murid tahun 1 2017

No comments:

Post a Comment