Sunday, May 21, 2017

Hari Guru 2017

'Guru Pembina Negara' merupakan tema pilihan sambutan Hari Guru 2017. Warga SK Ulu Bakai telah menyambutnya pada 16hb.Mei 2017 di perkarangan sekolah dengan penuh makna dan dalam keadaan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan nyanyian, diikuti dengan bacaan doa,Ucapan Wakil Murid, ucapan Guru Besar, bacaan perutusan Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bacaan ikrar guru diikuti dengan nyanyian Kami Guru Malaysia.Acara lain yang diadakan ialah acara sukaneka, persembahan murid dan guru, pertukaran hadiah, pemberian ucapan dan hadiah oleh murid-murid.Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Pertukaran hadiah



Sambutan Ulangtahun kelahiran Cikgu Redzuan dan Cikgu Hilmi


Persemabahan Boria daripada murid.


Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

Makanan percuma kepada murid-murid.


Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran Siri 1 peringkat SKUB telah berjaya dilaksanakan pada 15hb.Mei 2017 melibatkan seluruh warga SKUB. Program ini telah cuba mewujudkan suasana terbakar yang sebenar bagi memberi kesan yang lebih baik kepada para peserta. Murid-murid bukan sahaja diberi penerangan tentang bagaimana dan apa yang perlu dilakukan bila berlaku kebakaran dan loceng kecemasan dibunyikan malah mereka turut didedahkan dengan cara-cara memadamkan api menggunakan 'Fire extinguisher' yang ada di sekolah. Semoga latihan ini dapat diteruskan bagi memastikan seluruh warga SKUB sentiasa bersedia menghadapi apa jua situasi kecemasan. Tahniah kepada semua pihak terutamanya JK Latihan Kebakaran yang telah menjayakan program ini.

Persediaan memulakan 'kebakaran'.
'Kebakaran' sedang berlaku.

Ustaz Md Shah (PK 1) membuat demontrasi memadam api.


Ustaz Md Shah sedang memberi penerangan kepada murid-murid dan guru.


Murid tekun mendengar.

Murid diberi peluang menggunakan alat pemadam api.


Seorang murid Tahun 2 mencuba alat pemadam api.


Guru turut mencuba.


Murid perempuan juga diajar menggunakan alat pemadam api.

Kelihatan api sudah hampir dapat dipadamkan.

Majlis Perpisahan Puan Noryatimah Osman (PK HEM)

Majlis perpisahan kepada Puan Noryatimah bt Osman, PK HEM SK Ulu Bakai yang bertukar ke SK Badang sebagai PK Pentadbiran telah diadakan pada 30 April lalu. Majlis yang sederhana tetapi amat bermakna itu telah diisi dengan beberapa acara bagi menyatakan terima kasih dan penghargaan atas pengorbanan dan khidmat bakti beliau selama berada di SK Ulu Bakai. Selamat bertugas di tempat baru kami ucapkan. 
Cikgu Redzuan mengendalikan majlis.

Ustaz Mohd Zaki membacakan doa selamat/perpisahan.

Ucapan oleh Puan Noryatimah.

Ucapan daripada Ketua Murid.



Murid-murid tekun mendengar amanat dan pesanan daripada Cikgu Noryatimah.

Bergambar kenangan - memotong kek di majlis jamuan.

Monday, May 8, 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2017

KBS 1 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5hb.Mei 2017 (Jumaat) hasil komitmen guru-guru Pendidikan Agama Islam SKUB. Program ini amat penting untuk memperlengkapkan murid-murid dengan kemahiran yang berhubungkait dengan amalan solat yang merupakan perkara besar yang utama. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menyumbang tenaga menjayakan program KBS kali ini.