PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia bersama PDRM
Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Ulu Bakai telah dilancarkan pada 5hb.Februari 2017 (Ahad) di tapak perhimpunan SK Ulu Bakai. Pengisian majlis pelancaran dimulakan dengan Bacaan Doa Khas oleh Ustaz Mohd Zaki Bin Mohd Tajuddin, guru Agama SK Ulu Bakai, diikuti dengan bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh En.Zurainan bin Ariff,Guru Besar SK Ulu Bakai. Wakil PDRM yang juga merupakan Pegawai Perhubungan di sekolah ini, Kons.Syed daripada Balai Polis Malau telah membacakan Perutusan daripada Ketua Polis Negara. Wakil murid mengetuai bacaan ikrar untuk berjanji tidak ponteng sekolah juga mengisi majlis pelancaran Jom Ke Sekolah. Kemuncak majlis ialah pelancaran Peti Aduan Murid oleh Guru Besar SK Ulu Bakai.
|
Cikgu Muhammad Naim mempengerusikan majlis |
|
Ustaz Mohd Zaki membacakan doa |
|
Tuan Guru Besar sedang membacakan perutusan KPPM |
|
Wakil murid mengetuai bacaan ikrar |
|
Wakil PDRM sedang membacakan perutusan daripada KPN |
|
Pelancaran Peti Aduan Murid |
|
Simbolik Kolaborasi KPM dengan PDRM |